Ini adalah suatu kisah benar yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa Turki . Selamat membaca dan semoga ini dapat menjadi pengajaran kepada semua umat Islam yang masih hidup. Harapan nya adalah semoga sesiapa orang Islam yang waktu ini menjadi tali-barut musuh Allah agar kembali lah ke pangkal jalan dan bertaubat segera.
Mustafa Kemal
Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau
merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden
Turki yang pertama.
Beliau adalah
komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera
semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan
tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan
Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak
oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan
kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal
telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan
tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini
bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara
sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah
dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang
berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik
sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh
wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari
dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil
arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya
mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar
Turki.
9. Satu ucapan
beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya
mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap
dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah
seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh
kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan”
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat
kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas
sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga
diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.
Maha suci Allah,
buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh
istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar
jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah
lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha
Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan
selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan.
Pada 9 November
1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal
dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9
hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama
Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari
itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah
jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya
diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama
EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun
mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi
tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit
ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar.
Apa yang
menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui .
~ Buat Kamal Atartuk selamat menjalani kehidupan yang penuh seksaan di alam barzah !!
No comments:
Post a Comment