10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa
sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama
semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)
SubhanAllah..
Semoga kita semua termasuk dalam golongan ini in sya Allah .
ANTARA BUKTI KISAH YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA ~
Masih elok selepas 40 tahun
SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna
selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang.
Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh.
Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan.
Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang
kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa
mereka.
Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu.
“Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama.
“Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang,” katanya ketika ditemui di sini semalam. -Kosmo
No comments:
Post a Comment